Tuesday, 25 October 2016




DUNIA....

Apa itu dunia??

Sedarkah kita dunia itu adalah pentas ciptaan manusia... Jadi ke manakah arah kita?? kita sentiasa leka dan mengejar nikmat dunia yang sementara dengan membiarkan syaitan menguasai hati dan juga jiwa..

Ya Allah.... Ampunilah kami Ya Allah....

Malunya kami pada-Mu Ya Allah..

Telah banyak kebahagiaan yang telah Engkau berikan kepada kami walaupon kami ini insan yang sentiasa berdosa..


Bercakap soal ini, cubalah kalian muhasabah diri.. Muhasabah diri bukan saja menyedarkan kita akan kesalahan dan dosa-dosa kita namun hati yang keras juga boleh menjadi lembut dengan mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Ya Allah... bercucuran air mata membasahi pipi disaat diri ini mengenangkan betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan... 
Namunku tahu keampunan-Mu tidak bertepi Ya Allah.. 







Pernah tak kalian bersendirian di satu sudut dan secara tiba tiba teringat akan dosa-dosa lalu? Pernahkan? Ya Allah menyesalnya masa tu.. Hati mula pedih... Sebak... Cubalah fikir betapa besarnya nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita.. Sedar dan insaf akan khilaf juga adalah nikmat yang  yang patut kita syukur.. Bersyukurlah bila hati masih ada rasa kesal dan ingin berubah.. Allah sayangkan kita... Allah rindukan kita dan tak sanggup membiarkan kita terus dan terus terjerumus dalam lembah dosa yang akhirnya membinasakan kita di hari kemudian... Kasih Allah pada kita tidak boleh dinilai.. 


Luangkanlah masa kita dengan Allah.. Mengadulah pada Allah kerana Allah maha Mendengar dan sebaik-baik penyimpan rahsia.. Cubalah berubah ke arah yang lebih baik... Andai lepas berubah tapi masih melakukan dosa, segeralah bertaubat dan kembalilah semula kepada Allah.. Allah tidak pernah jemu dan letih menerima taubat kita kerana Dia tahu kita insan yang lemah.. Menangislah di hadapan Allah dan bukan di hadapan makhluk. Makhluk juga ciptaan Allah dan ciptaan-Nya adalah lemah belaka..


Sama-samalah kita muhasabah diri...
 In Shaa Allah